IDEA MENU SAHUR SIHAT CARA SAYA
Bismillahirrahmanirrahim
Hai semua..
Ramadan datang pasti ramai yang teruja kan!! Kehadiran Ramadan setiap tahun memang di nantikan oleh semua umat Islam.
Di mana kita wajib menjalani ibadah puasa ni bagi yang cukup syaratnya.
Ada yang kata bila puasa, ada peluang nak kuruskan badan. Sah-sah nampak kan!! Jadi bulan puasa menjadikan satu titik tolak anda untuk turunkan berat badan.
Confirm!!
Memang ramai yang nak amek peluang untuk turunkan berat badan atau tukar size yang lebih kecil untuk baju raya nanti kan!!
Jadi untuk dapatkan bekalan nutrien yang cukup kita wajib jaga pemakanan kita iaitu makan secara seimbang dan berkhasiat.
So, dalam entry kali ni Umie nak kongsikan beberapa menu sahur sihat yang Umie ambil ketika Ramadan.
Ini Perkara Penting yang Perlu Di Buat Ketika Berpuasa!
✅Jangan tinggal bersahur
Sahur adalah satu keperluan@ satu benda wajib di ambil bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan ketika berpuasa.
Bagi pengalaman Umie sendiri, sahur ni kita perlu makan supaya badan tidak maya dan lesu. Bahaya nya sekiranya kita tidak bersahur boleh menyebabkan kita sukar kawal nafsu makanan ketika berbuka nanti.
So, di sini Umie kongsi kan menu sahur sihat yang Umie selalu amalkan.
Kebiasaannya Umie pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti rebus, kukus dan panggang/bakar serta salad. Sebenarnya Umie juga consume beberapa produk Shaklee yang Umie suka ambil ketika bersahur antaranya ESP, cinch dan air performance drink lime. Umie consume set puasa Shaklee.
1) Salad Buah-buahan
Menu ni paling mudah di sediakan sebelum tidur dah boleh sediakan. Jadi bangun sahur tak kalut!!
Bahan-bahan:
* Buah-buahan segar seperti epal, kiwi, anggur, buah naga dan pisang
- 1/2 cawan yogurt Yunani tanpa lemak
- 1 sudu teh madu
Cara-cara:
- Potong buah-buahan segar menjadi kepingan kecil.
- Campurkan yogurt Yunani dan madu dalam bekas.
- Masukkan buah-buahan ke dalam bekas dan kacau rata.
- Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan.
2) Telur Omelet
Menu ni paling mudah di sediakan.
Bahan-bahan:
• Telur putih dari 2 biji telur
• 2 Sudu besar susu segar
• sebucit garam
• sayur-sayuran hijau
• minyak zaitun
Cara-cara:
• Tuangkan kuali dengan minyak zaitun
• Pukul telur putih dengan susu
• Tambah garam, tuangkan campuran ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil.
• dalam 2 minit siap dan boleh di hidangan
3) Cinch shake smoothie cafe latte mix kurma
Menu ni antara menu kegemaran Umie ketika bersahur. Boleh di katakan 98.9% bersahur dengan cinch shake ni. Cinch buat umie kenyang lebih lama kerana cinch mempunyai glisemik index yang rendah.
Bahan-bahan:
• 2 scoop cinch shake cafe latte
• 3-5 biji buah kurma
• 1 cawan susu segar (250ml)
• Beberapa ketulan ais
Cara-cara:
• Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar sehingga halus
• Tuangkan dalam gelas
• Sedia dihidangkan untuk bersahur
4) Air ajaib (bagi umie) air performance drink lime
Sejenis minunan elektrolit yang lengkap dengan campuran unit karbohidrat. Minuman ni wajib umie ambil segelas kerana istimewanya ia meningkatkan daya ketahanan badan dan mencegah penyahhidratan. So, bila ambil ketika bersahur, siang hari umie kurang dahaga walaupun musim panas.
5) Nasi + ayam bakar + salad + jus buahan tembikai
Menu ni paling simple. Menu ni jarang-jarang umie buat sekiranya nak makan nasi. Nasi hanya segenggam, ayam bakar bahagian dada seketul kecil, salad atau apa-apa sayur hijau contoh timun atau brokoli (dicelur) di makan bersama jus buah-buahan tanpa gula ok!
Best kan!! So, ni lah beberapa menu sahur sihat dari Umie, semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak untuk anda mencuba.
Sebenarnya banyak menu yang boleh kita cuba ketika sahur untuk bantu turunkan berat badan dan juga memberi tenaga. Yang penting air masak kena ambil ikut keperluan badan kita, Konsisten adalah key untuk kita berjaya turunkan berat badan kita.
So, tunggu apa lagi kan? Moh ler kiter amal menu sahur sihat ini. Pasti raya korang meletop dan ramai yang tegur makin berseri, sihat dan kurus. Bagi umie, benda penting yang Umie tidak tinggal setiap kali bersahur atau berbuka adalah supplement shaklee. Ini penting sebab untuk cover vitamin yang tidak boleh badan kita hasilkan contoh seperti vitamin c.
TIPS DARI UMIE KETIKA BULAN PUASA
༞ Permulaan wajib makan adalah kurma 3-5 biji
༞ Minum segals air suam
༞ Sahur lewatkan 15 minit sebelum subuh (sahur lewat lebih afdal)
༞ Makan menu sahur sihat
**30 minit berbuka Umie akan berjalan sekitar perumahan Umie.
Sekian untuk perkongsian dari umie, jumpa lagi.
Untuk dapatkan produk Shaklee klik whatsapp
Zarirah Mohamad
#shakleebachok
#shakleeberis
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment