5 KEPERLUAN UNTUK WANITA MENGANDUNG

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum 

Bertemu lagi dalam entry Umie untuk kali ni. Detik yang terindah bagi setiap wanita di dunia bila dapat tahu diri hamil atau mengandung. Nak-nak bila pertama kali hamil.

Mengandung adalah pengalaman yang indah dan menarik! Dari saat anda mendapat keputusan ujian kehamilan yang positif, menghadiri temu janji ultrasound pertama anda, mendengar degupan jantung bayi anda buat kali pertama, dan melihat perut anda semakin membesar dari hari ke hari. Pengalaman ini benar-benar mengubah hidup.

Perkongsian kali ni Umie nak berkongsi tentang keperluan untuk wanita mengandung.

5 KEPERLUAN UNTUK WANITA MENGANDUNG

1) Minum Air Secukupnya

Untuk ibu mengandung, air merupakan satu keperluan yang wajib di ambil kerana ia akan membentuk air ketuban yang mengelilingi bayi anda.
Air ketuban yang sedikit boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan kelahiran serta proses bersalin yang rumit.

2) Tidur Siang

Ibu yang hamil memerlukan rehat yang banyak. Cara terbaik adalah dengan tidur pada waktu lapang.

Sebaik sahaja bayi di lahirkan, anda tidak akan berpeluang untuk rehat dengan baik. Oleh itu masa terbaik untuk berehat dan manjakan diri  adalah dengan tidur siang hari untuk memulihkan diri dan membantu mengurangkan tekanan yang dialami tubuh anda semasa mengandung.

3) Senaman Secara Berkala

Ramai yang beranggap ibu yang mengandung tidak boleh buat senaman. Sebenarnya ada sennaman yang sesuai dan baik untuk ibu yang mengandung.

Perlu tahu, ibu yang mengandung perlu juga untuk bersenam. Senaman yang sesuai adalah senaman berimpak rendah. 
Ia akan menguatkan otot dan ligamen ibu mengandung sebagai persediaan untuk bersalin. Contoh senaman seperti berenang, berjalan kaki  dan yoga pra natal boleh di praktikkan sepanjang mengandung.

4) Urutan Pra Natal

Ikut pengalaman Umie dari mengandung anak sulung sehingga anak ketiga (bongsu), bila tahu sahaja diri ni mengandung, Umie akan terus berjumpa dengan "tok bidan kampung". Biasanya Umie akan melalui kan urutan dan urutan di perut. Itu adalah pengalaman Umie sendiri. 

Urutan ni penting bagi ibu yang mengandung. Urutan berimpak rendah ni merawat sakit belakang bawah yang bolehenjadi ancam sepanjang proses mengandung.

Urutan ni juga bagus untuk melancarkan proses peredaran darah dan menghilangkan keradangan yang menyebabkan pembengkakan.

5) Ubat dan Makanan Tambahan 

Untuk ibu yang mengandung, ibu-ibu perlu tahu ubat dan makanan tambahan yang perlu di ambil mengikut nasihat doktor.
Keperluan seperti vitamin tambahan iaitu Folic Acid, Zat Besi, Vitamin C, B Complex, Kalsium dan Omega adalah sangat penting di amal untuk ibu mengandung.


Vitamin ini sangat bagus di amalkan oleh ibu mengandung. Ibu yang mengandung  nak sihat dan ceria ketika mengandung dan bersalin boleh ambil set kehamilan Shaklee. Ok, sekian perkongsian Umie untuk keperluan bagi ibu mengandungi.

Semoga pembaca semua mendapat info yang berguna dengan perkongsian Umie kali ni tentang keperluan wanita mengandung. 

Zarirah Mohamad
#shakleebachok
#shakleeberis
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setrahmahshaklee
#incomeshaklee

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE

HAMIL SIHAT DENGAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

KENAPA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE