TIPS TRAVEL SANTAI-SANTAI

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Bertemu lagi kita dalam entry kali ni.
Jom.. kali ni Umie nak kongsikan tips travel.

Sebut je 'travel' mesti ramai suka kan. Melancong negeri orang, melihat budaya, masyarakat, keindahan alam yang cantik semua impikan travel yang best, santai, selamat dan happy kan.

Jom Umie share tips travel dari Umie.

1. Bijak Memilih Waktu Percutian Yang Sesuai 

Bagi Umie ni salah satu aspek penting yang perlu di titik beratkan sebelum memulakan travel ke destinasi tertentu. Umie paling suka memilih destinasi yang ingin di lawati di luar musim percutian. Sah sah lah tak ramai orang so jalan pun lancar.

2. Santai Dengan Kenderaan Awam atau Berjalan Kaki Sebagai Alternatif Untuk Bersiar-siar.

Ambil peluang menikmati percutian dengan menggunakan kemudahan awam agar lebih dekat masyarakat tempatan.
Berjalan kaki untuk bersiar-siar ke kawasan pelancongan menarik. Di samping boleh menjimatkan kos.

3. Membawa Pakaian Yang Perlukan Sahaja

Tips paling Umie suka. Tapi bab pakaian ni selalu membuatkan kita dilema kan!.
Semua nak bawa. Kalau boleh satu almari nak bawa baju. Untuk travel kita perlu bawa yang perlu sahaja. Jadi travel tak perlu bawa banyak bagasi. Kalau boleh bawa baju yang mudah di basuh dan mudah kering.

4. Sediakan Ubat atau Supplemen


Benda wajib perlu ada. Box untuk ubat atau supplemen. Bagi Umie Supplemen wajib Umie bawa pergi travel adalah vitamin c, omega, Vita kid, vita like, Nutriferon.

Ni adalah beberapa supplemen wajib Umie bawa. Untuk Umie dan anak-anak. Maklum kalau travel je mesti berlaku perubahan cuaca so mudah lah kita ni beralih suhu. So ada yang akan deman lah macam-macam. Betul tak!
Untuk persediaan benda-benda macam ni wajib di utamakan.

5. Melancong Ikut Kemampuan

Semua suka melancong kan! Kita melancong kena lah ikut kemampuan kita. Jangan melancong sampai sanggup membuat loan. Semoleknya, kita ada saving untuk travel bersama family. Itu lah yang terbaik. Travel ikut kemampuan bajet kita. 


Travel semua impikan nak travel tempat cantik dan mewah. Tapi pastikan anda semua mengikut tips yang perlu agar travel anda itu lebih bermakna. Kadang-kadang kita travel tempat biasa je tapi nikmat itu lebih jauh berbeza dengan travel tempah mewah.

Yang penting hati kita berpuas hati dengan mensyukuri apa yang kita dapat.

Ok sekian sedikit tips dari Umie. Terima kasih sudi "ronda-ronda" blog Umie.

Zarirah Mohamad
#shakleebachok
#shakleeberis
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setrahmahshaklee
#incomeshaklee










Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE

HAMIL SIHAT DENGAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

KENAPA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE