KERJA DARI RUMAH BUKAN REZEKI BIASA-BIASA

Assalamualaikum

Salam sejahtera semua.

Setiap orang mempunyai impian untuk bekerja kan. Umie pun punyai cita- cita untuk bekerja setaraf dengan apa yang belajar Umie di Universiti dulu.

Tapi kita hanya merancang yang menentukan adalah Allah SWT. 5 tahun belajar sampai ke peringkat ijazah dan master dalam bidang ekonomi. Namun apa yang di impian tak kesampaian. Itu bukan bermakna tiada peluang untuk kita bekerja.

Bekerja dari rumah adalah pilihan Umie, setelah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata. Bekerja dari rumah juga merupakan rezeki yang paling indah bagi Umie.

Di mana kita boleh menjaga anak sambil bekerja. Sekarang Umie membuat bisnes online dalam dunia Shaklee di samping membuat beberapa bisnes lain seperti bisnes aiskrim Malaysia yang semakin viral sekarang ni.

Alhamdulillah pendapatannya juga lumayan. Umie supply 3 buah kedai runcit dan sebuah sekolah. Alhamdulillah walaupun bisnes ni nampak biasa-biasa, tapi Umie sangat enjoy dan seronok dapat kembali kan zaman kanak-kanak Umie dengan aiskrim Malaysia.


Sebenarnya kita tidak boleh pandang rendah terhadap golongan yang bekerja dari rumah. Antara faktor yang buat Umie pilih kerja dari rumah adalah faktor penjagaan anak-anak.

Bab anak-anak memang Umie paling risau, terutama nak serahkan anak-anak pada pengasuh. Memandangkan sekarang banyak kes anak-anak di pusat asuhan itu membuatkan Umie jadi trauma. Jalan terbaik bagi untuk memulakan bisnes online dari rumah.

Banyak pilihan untuk kita mulakan kerjaya kerja dari rumah. Sebenarnya ia adalah lebih baik bagi Umie. Boleh melihat anak membesar depan mata. Lagipun kerja dari rumah masa Umie tidak terikat, Umie bebas memilih masa mana untuk Umie buat bisnes.

Hujung minggu pula, Umie buat part-time kelas tuisyen selamat dua jam. Sambil mengajar anak-anak. Insyaallah selagi kita usaha rezeki akan ada untuk kita.

Jadi kerja dari rumah memang best bagi Umie banyak pilihan yang boleh kita buat untuk mendapatkan sumber pendapatan.

Sekian coretan dari Umie.

Zarirah Mohamad
#shakleebachok
#shakleeberis
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setrahmahshaklee
#incomeshaklee





Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE

HAMIL SIHAT DENGAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

KENAPA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE