REZEKI ITU NIKMAT & UJIAN


Bismillahirrahmanirrahim
Bertemu lagi kita, kali ini dalam entry terbaru Umie. Dalam entry kali ni Umie nak kongsikan kata-kata motivasi yang membuatkan hati untuk terus kuat melangkah.

Rezeki, Jodoh dan ajal maut kita tidak mengetahuinya. Itu rahsia Allah.
Rezeki itu sangat luas. Bukan hanya berbentuk wang ringgit semata-mata. Pekerjaan kita sekarang pun rezeki. Masa yang kita ada untuk menulis entry ni pun rezeki. Kesihatan yang baik juga rezeki. Mempunyai anak yang soleh solehah juga rezeki. Rezeki juga ujian buat kita sebagai hamba Allah.

Tapi kita tidak tahu rezeki kita, bila? di mana? Berapa? Betul kan. Tapi apa yang Umie belajar dari pengalaman lepas rezeki itu insyaallah Allah akan bagi kalau kita lebih melatih diri untuk belajar mensyukuri apa yang kita miliki. Dan apa yang kita miliki sebahagiannya ada hak untuk orang lain yang perlu kita kongsikan bersama.

Bagi Umie ketika hadapi masalah atau situasi tak di duga, untuk Umie INGATLAH ALLAH  tempat paling tepat untuk kita mengadu dan minta dengan seikhlas-ikhlasnya apa yang kita nak.

Satu kata-kata motivasi yang selalu Umie pegang iaitu "SENANG ATAU SUSAH HANYA ALLAH TEMPAT TERBAIK UNTUK MENGADU DAN MEMINTA". Ini lah kata-kata yang Umie pegang sampai kini.

Pengalaman lepas yang Umie hadapi, menjadi nota perjalanan hidup Umie untuk Umie terus melangkah tanpa ulangi kesilapan lama dan lebih berhati-hati. Dan setiap pekerjaan yang Umie buat Umie niat untuk menjaga amanah yang Allah bagi iaitu anak-anak Umie.

Banyak benda yang Umie belajar dari perjalanan hidup Umie terutama yang berkaitan dengan rezeki. SABAR  itu sangat indah. Pernah rasa cemburu melihat orang lain mudah mendapat pekerjaan, bisnes maju dan hidup senang tapi Umie tanam dalam lubuk hati yang paling dalam kata-kata ni.

" Jika bukan hari ni, insyaallah akan tiba masaku yang pasti sabar dan yakin dengan Allah"

Kata-kata ini lah yang buat Umie terus sabar. Dalam meniti hari demi hari, alhamdulillah Allah jentik hati Umie, bertapa Indahnya Sabar. Orang yang sabar akan merasai nikmat sabar itu adalah paling bahagia.

Satu lagi yang kata-kata yang menjadi pegangan Umie adalah, "setiap apa yang terjadi ada hikmahnya". Indahnya ujian Allah itu hanya kita yang tahu mensyukurinya.

Untuk Umie kaya bukan menjadi pilihan Umie, tapi apa yang Umie mahukan cukuplah sekadar Allah kurniakan rezeki yang mencukupi untuk Umie bersama keluarga. Bagi Umie kaya tidak semestinya cukup, senang tidak semestinya tenang.

Apa yang Umie nak rezeki yang mencukupi dan kesenangan yang menenangkan. Syukur dengan rezeki yang dapat biar pun sedikit. Nikmat kita mensyukuri itu, hati dapat merasai betapa indahnya.

Syukur, Alhamdulillah Umie harap dengan perkongsian Umie kali ni memberi semangat kepada pembaca semua.
Sesungguh belajar lah mensyukuri rezeki yang sedikit itu, kerana berkatnya ada.

Zarirah Mohamad
#shakleebachok
#shakleeberis
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setrahmahshaklee
#incomeshaklee
#rayadenganshaklee

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE

HAMIL SIHAT DENGAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

KENAPA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE