5 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT YANG PERLU DI LAKUKAN
Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur, masih di beri kekuatan untuk menulis dan terus berkongsi dengan pembaca semua.
Dalam entry kali ni, Umie akan berkongsi dengan semua tentang perihal amalan gaya hidup sihat.
Kita yang hidup ni sudah pasti masing- masing mempunyai gaya hidup tersendiri kan.
Terserah pada individu macam mana mereka memilih alaman gaya hidup yang sihat..
APA ITU GAYA HIDUP SIHAT??
Gaya hidup sihat boleh di kaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang yang memberi impak positif kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
5 GAYA HIDUP SIHAT YANG PERLU KITA LAKUKAN.
1) Menjaga Pemakanan Seharian
Aspek pemakanan ni memang penting dalam kehidupan seharian kita. Apa yang kita makan hari ni akan menentukan tahap kesihatan untuk beberapa tahun ke hadapan. Pemakanan seimbang adalah salah satu gaya hidup yang sihat dan sangat di galakkan. Kehidupan yang serba moden ni kebanyakan kita lebih gemari makan makanan segera. Keadaan ni sangat tidak bagus untuk kesihatan kita.
Penting di sini, kita semua perlu mengambil makanan seimbang, di mana ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang telah di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain daripada mengamalkan makanan seimbang. Umie sendiri akan topap beberapa makanan tambahan untuk Umie, seperti vitamin c Shaklee. Sebab Umie tahu badan Umie tak boleh hasilkan vitamin c so pilihan Umie, Umie akan back up dengan suplemen Shaklee.
2) Senaman @Riadah
Kesibukan seharian kita dengan pelbagai aktiviti rutin harian boleh menyebabkan kita stress, salah satu aktiviti yang dapat "me time" kan diri kita bebas dari dunia pekerjaan kita adalah dengan melakukan senaman atau riadah bersama anak-anak.
Bagi Umie sendiri sebagai suri rumah yang mempunyai jadual padat seharian, Umie akan memilih masa 2 kali dalam seminggu untuk "me time" kan diri Umie dengan join aktiviti zumba dengan rakan-rakan.
Sebenarnya wajib untuk kita lupakan dunia pekerjaan, dunia kesibukan untuk seketika. Bagi ruang pada diri atau dengan kata manis, beri ruang untuk badan ni rest dengan cara yang sihat.
Pada Umie aktiviti senaman boleh mengurangkan tekanan bagi seseorang. Selain badan kita sihat kita juga boleh bertemu dengan rakan-rakan di luar bidang pekerjaan kita. Badan sihat minda kita turut sihat dan cergas.
Untuk Umie pula, untuk kurangkan tekanan atau stress, Umie amalkan b complex dari Shaklee.
Keistimewaan B complex
3) Menjaga Kebersihan Rumah & Persekitaran
Gaya hidup sihat mestilah kitq amalkan corak kehidupan yang boleh memberi kesan positif kepada kita dan family.
Antara aspek yang paling cerewet bagi Umie adalah yang berkaitan dengan kebersihan.
Bab yang berkaitan dengan kebersihan ni memang Umie paling titik berat. Nak-nak kebersihan rumah dan persekitaran.
Bagi Umie bila rumah bersih dan persekitaran rumah bersih, ia juga merupakan satu terapi minda bagi Umie sebagai surirumah.
Bab kebersihan rumah ni, penting tau. Wajib menyapu sehari sekali. Buang debu-debu di perabut. Mop lantai, memang perkara wajib bagi Umie 3 hari sekali memang Umie akan mop lantai rumah dengan produk kesukaan Umie. Pencuci serba guna iaitu Basic H dari shaklee.
Bagi memudahkan Umie untuk menjaga kebersihan rumah dan persekitaran Umie hanya amalkan set home care dari Shaklee saja.
4) Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan
Selain itu, kita semua wajib membuat pemeriksaan doktor secara berkala untuk memastikan tahap kesihatan kita. Sebenarnya sangat bagus kita membuat pemeriksaan awal, supaya kita boleh mengetahui simptom-simptom awal penyakit yang kita alami. Bila kita tahu jadi mudah untuk kita kawal pemakanan kita dan sebagainya.
Sebenarnya, sikap suka berjumpa doktor ni menjadi ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.
5) Elakkan Tekanan
Kesibukan dengan rutin harian boleh mendatangkan tekanan kepada seseorang. Kemarahan adalah satu masalah serius yang boleh menyebabkan stres. Semua orang akan alami stres sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja.
Ada pelbagai cara untuk kita elakkan diri dari stres. Contoh kita boleh menjadi muzik lembut di bilik bagi meredakan ketegangan
Kita sebagai muslim, cara terbaik untuk hilangkan stres dengan dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Lebihkan berkomunikasi dengan Sang pencipta. Insyaallah kita lupakan sementara dunia kerja kita dengan fokus kepadaNya.
Perlu tahu tekanan boleh mempercepatkan proses penuaan. Jadi kita perlu tangani stres. Kita juga perlu berfikiran positif. Insyaallah kita tidak berisiko untuk mendapatkan tekanan.
KESIMPULAN
Kita berhak untuk memilih gaya hidup sihat yang sesuai dengan kita. Kehidupan yang sihat menjaminkan kesejahteraan masyarakat amnya.
Sama-samalah kita mulakan gaya hidup yang sihat bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah, sekian perkongsian dari Umie berkaitan gaya hidup sihat. Harap semua happy.
Zarirah Mohamad
#shakleebachok
#shakleeberis
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setrahmahshaklee
#incomeshaklee
Comments
Post a Comment