INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA


Assalamualaikum semua, semoga sihat semua dan selamat hari raya Aidilfitri 2023.
Musim- musim raya dah tentu ramai yang sibuk kunjung berkunjungan di rumah sanak saudara kan!! 

Apa pun yang penting kesihatan kena jaga, tambah pulak sekarang musim panas sangat.

Terima kasih kerana sudi melawat blog Umie, untuk entry kali ini Umie nak kongsi tentang  Insentif Shaklee. Sebab ada yang Whatsapp Umie bertanyakan tentang Insentif yang Shaklee berikan. Biasa lah, kalau nak join apa-apa bisnes mestilah kita nak tahu keistimewaan bila kita join ahli kan!!

Sebenarnya pada awal penglibatan Umie dalam dunia bisnes Shaklee ni, Umie tak tahu pun pasal Insentif yang Shaklee berikan. Pada masa tu, Umie just fokus pada untung runcit saja.

Awal-awal Umie hanya menjual satu satu produk yang terhangat iaitu Herbal blend cream pada mak cik - mak cik kantin sekolah jer. Memang masa tu 2016 tu top sales yang pernah Umie jual adalah Herbal
Blend cream.

Herbal Blend Cream

Alhamdulillah, masa tu dapatlah bonus dalam Rm50, hasil menjual Herbal blend dan beberapa produk shaklee. Dalam pada itu, rupa-rupanya banyak insentif yang Shaklee berikan kepada ahli-ahli yang berdaftar yang Umie sendiri tak tahu.

Antara Insentif yang Shaklee Tawarkan Kepada Ahli yang Aktif adalah 3C:

Insentif 3C Shaklee

1. Cash

Untuk C yang pertama adalah Cash. Biasanya yang paling kita nampak adalah untung runcit. Di mana kita beli produk dengan harga pengedar(ahli) dan jual dengan harga runcit.

Tapi ada lagi yang best, kita bukan sahaja dapat untung runcit tetapi berpeluang untuk dapat bonus peribadi sehingga 21%, bonus kepimpinan dan bonus infinity. Semakin besar jualan dan rangkaian group kita semakin besar bonus kita.
Bonus akan dimasukkan ke dalam akaun bank kita pada setiap 14 hari bulan. Kalau surirumah macam Umie ni ibarat gaji kita lah ni kan!!

2. Car Bonus

Insentif kedua yang paling ahli-ahli Shaklee suka adalah bonus kereta, macam mana kita nak dapatkan bonus kereta? Insentif ini untuk mereka yang dah capai Bussiness Leader iaitu rank Supervisor ke atas. Untuk dapat bonus kereta Leader perlu menepati syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh shaklee. Bonus kereta ini akan dibayar dalam bentuk cash ke dalam akaun bank kita setiap bulan. Bonus ni bukan dalam bentuk kereta, tetapi di beri cash dah kita boleh je nak beli apa-apa.

3. Convention Trip

Lagi satu C adalah convention trip. Pergi melancong tetapi free semua Shaklee yang sponsor. Setiap tahun shaklee akan menawarkan trip perlancongan mewah kepada semua Leader Shaklee yang layak mencapai syarat- syarat yang ditetapkan selama setahun.

Insentif Terbaru 2023

Insentif terbaru Shaklee menawarkan duit tambahan sebanyak RM600 tidak termasuk bonus bulan sedia ada. 


Untuk April 2023 ni, kami ahli-ahli berdaftar Shaklee di kejutkan lagi dengan Insentif terbaru yang diperkenalkan Shaklee iaitu Program Insentif Shaklee yang bermula pada bulan ni April dan tamat pada bulan Jun 2023. Program ini adalah salah satu inisiatif dari pihak syarikat untuk membantu semua pengedar Shaklee lebih bersemangat untuk kembangkan perniagaan mereka. Pada sesiapa yang dapat rank up ke supervisor dan senior supervisor selama 3 bulan berturut turut akan dapat duit tambahan.

Cara untuk dapatkan duit tambahan RM600 tu mudah jer taw, di mana setiap pengedar perlu naik pangkat atau efektif sebagai Supervisor dan Senior Supervisor. Kemudian kekalkan pangkat selama 2 bulan berturut turut selepas naik pangkat bermula bulan April sehingga Jun 2023. 

Setiap kali ahli naik pangkat atau efektif dalam sebulan, dia layak untuk dapat bonus sebanyak 21% iaitu bersamaan 4 angka bermula RM1200-2500 atau lebih lagi. Seorang ahli yang berjaya kekalkan kedudukan 21%, selama 3 bulan berturut-turut maka dia layak untuk dapat duit tambahan berjumlah RM600 dari Shaklee. Ini menjadikan jumlah keseluruhan duit yang dia dapat lebih kurang RM6500 -RM7000 untuk 3 bulan itu.

Best kan insentif Shaklee berikan kepada ahli-ahli yang aktif menjual dan mengembangkan ahli-ahli di bawahnya. Insentif begini menjadi peransang kepada ahli untuk terus maju dan terus rank up ke peringkat yang lebih selesa.

Bagaimana nak dapat semua insentif shaklee ini?

1. Anda hanya perlu register sebagai ahli shaklee yang berdaftar dahulu atau 

2. Anda boleh buat belian mana-mana produk sebanyak 100uv dapat free keahlian.

Ini cara daftar untuk orang yang baru nak sertai Shaklee. Tetapi program insentif Shaklee ini terbuka kepada semua yang berdaftar tak kira sama ada anda ahli baru atau ahli lama.

Daftar ahli shaklee klik button di bawah
Nak join Umie boleh bantuan awok-awok semua untuk jana income dengan Shaklee.

Zarirah Mohamad

#shakleebachok

#shakleeberis



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#setrahmahshaklee

#incomeshaklee

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE

HAMIL SIHAT DENGAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

KENAPA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE