APA YANG BEST DENGAN KOMUNITI BISNES SHAKLEE!!
Bismillahirrahmanirrahim..
Salam semua🌹🌹
Syukur, Alhamdulillah. Dalam penulisan Umie yang pertama ni Umie ingin berkongsi pengalaman Umie dalam dunia bisnes bersama Shaklee hampir 2 tahun. Peluang bersama komuniti bisnes Shaklee adalah nikmat paling best!!
Dua tahun bersama Shaklee merupakan detik terindah dalam hidup Umie. Nak tahu kenapa!! Jom lah baca.
Korang best ke tak, kalau dalam kehidupan ni kita sorang -sorang je. Rasa-rasa best ke tak!! .Tiada pokok, tiada makanan, tiada udara, boleh ke terus hidup.
Kalau Umie tak tahu nak habaq lah. Kita hidup ni perlu ada kebergantungan dengan benda hidup dan bukan hidup.
Macam tu lah juga dengan dunia bisnes. Ada ke yang buat bisnes sorang-sorang!!
Bisnes ni seronok kalau ada group atau komuniti bisnes. Itu lah apa yang Umie dapat secara tak langsung bila Allah SWT gerakan hati dan izinkan Umie untuk bermua semula kali kedua bersama Shaklee pada 2021!!
Sepanjang Umie bersama komuniti bisnes Shaklee ni banyak benda positif yang Umie belajar dari komuniti ni secara tidak langsung.
Umie buat bisnes bukan semata-mata kerana duit. Tapi apa yang Umie dapat dari komuniti bisnes Shaklee Umie adalah;
1) Bonus iaitu money, sesuatu nilai dari titik peluh kita bersama komuniti bisnes Shaklee.
2) Dapat upline yang baik dan selalu "ketuk pintu"
3) Dapat membantu lebih ramai orang terutama dari segi kesihatan.
4) Dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.
5) Dapat belajar erti kesabaran dan redha terutama berkaitan dengan Rezeki.
6) Dapat lebih banyak kenalan dari pelbagai negeri.
7) Banyak ilmu baru yang dapat hasil pengkongsian dalam komuniti bisnes Shaklee.
8) Lebih banyak belajar dan mengerti indahnya memberi dan bersedekah dalam pelbagai bentuk.
9) Dapat sokong dari Syarikat Shaklee sendiri, kelas-kelas online diberikan percuma. Bahan-bahan di web semua disediakan.
Jadi itu lah sikit sebanyak kenapa komuniti bisnes Shaklee ni the best, ni semua melalui pengalaman Umie sendiri.
Banyak perubahan yang positif pada diri Umie sejak join Shaklee ni. Sebab tu lah dalam dunia ni kita kena kebergantungan dengan kehiduoan yang lain.
Untuk menjadi sempurna itu sukar!! Tapi untuk ke arah kesempurnaan itu perlukan penghayatan yang tulus dari hati.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment