TESTIMONI SHAKLEE - CHINKEN POX ANAK PULIH DENGAN CEPAT


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim, syukur alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang Allah SWT berikan.

Bila kita sakit mesti kita mula hargai kesihatan kita kan. Betapa berharganya  kesihatan yang kita miliki sekarang ni kan.

Kali ni, Umie nak kongsi pengalaman Umie buat pertama kalinya dalam hidup Umie Allah uji tahap kesihatan anak sulung Umie.

Pada Disember 2022, kalau tidak silap Umie musim tu, Kelantan alami hujan dan musim banjir, kebetulan masa tu cuti sekolah dalam 2 minggu seingat Umie lah.

Anak Umie, 2 hari sebelum cuti sekolah, anak Umie (Akid) sertai rombangan sekolah ke Terengganu. Awal pagi Rabu, Umie mintak Akid bersiap. Masa tu Umie dah perasaan ada bintik merah di badan Akid, masa tu tak banyak dalam 4, 5 biji je. Dalam hati Umie berkata " myb butir gatal sebab petang semalam, Akid ni main bola di pandang depan rumah".

Umie abaikan.
Sehari berada di Terengganu, malam tu sampai lah Akid di sekolah. Umie, Abi dan adik Akid ambil Akid dari sekolah. Belum sempat jumpa Akid, kami di datangi Cikgu ketua rombongan, cikgu bagi tahu Akid  deman, badan dia panas.

Dengan reaksi muka cuak.
Umie segera dapatkan Akid, mana tak ye, anak pergi rombongan balik Deman. Macam-macam dalam fikiran Umie.

Sesudah sampai di rumah Umie mintak Akid mandi. 

Allahuakbar!!
Akid!!

Umie menjerit terkejut. Melihat badan nya penuh dengan bintik merah. Akid pun macam gatal nak garu. Tapi Umie tak bagi garu. Cepat- cepat Umie ambil Basic H titikkan dalam 4,5 titik dalam tong air tadahan dalam bilik air. Terus Umie mandi kan Akid. Air tu Umie campur air panas nak bagi suam kuku. 

Basic H²

Sebab malam tu hujan lebat, musim tu  musim banjir. Usai mandi, Umie segera ambil Herbal blend terus sapu pada bintik merah di badan Akid.

Herbal Blend

Nasib lah masa tu stok Herbal blend dan Basic H ada berbaki tak banyak. Alhamdulilah ni pengalaman pertama Umie jaga anak kena chicken pox.
Allah ringankan sakit Akid, malam tu dia boleh tidur lena.

Keesokannya, Umie bawak Akid ke klinik berdekatan, sebab nk pastikan betul ke chinken pox. Sah!! Memang chinken pox. 

Doktor pesan suruh kuarantin dalam bilik. Elakkan dari di dekati adik-adik yang lain. So Umie memang ikut nasihat doktor.
Balik dari klinik Umie terus sapu ubat yang doktor bagi.
Kuarantin dalam bilik Akid.

Akid kata "ok umie, sejuk tapi bila kering ubat tu payah nk cuci". So, Akid kata dia tak mahu guna ubt klinik.

Umie ikutkan sebab dia yang rasa. Petang tu mandikan Akid dengan air suam campur Basic H. Alhamdulillah Akid sendiri bagi tahu Umie, miang-miang gatal tu hilang bila mandi dengan Basic H. Umie paling suka Basic H ni sebab ia serba guna. Untuk pakaian Akid pun Umie rendam dengan Basic H.

Bila Akid kena Chicken pox ni memang Umie mengalah kan nurse swasta jaga Akid. Dari segi kebersihan tempat tidur, baju, makan minum dan air mandi Akid memang Umie yang jaga.

Antara Menu Sarapan Akid. Buah dan Nutriferon.

Bab pemakanan pulak, aspek ni memang Umie galakkan ibu-ibu untuk bagi anak-anak amalkan Nutriferon. Alhamdulilah anak-anak Umie memang berebut tengok Nutrifeon. Untuk Akid Umie akan bagi 2 sachet iaitu time breakfast dan dinner.
Makan pun macam orang berpantang 40 hari Umie buat. 

Tempat tidur Akid. 

Lagipun memang Umie akan bagi Akid Nutriferon ni, sebab Akid ada tonsil besar sejak kecil dan Akid mudah deman, tapi sejak bagi Nutriferon alhamdulillah deman jarang dan kalau deman cepat baik.

Keistimewaan Herbal Blend

Hari ketiga memang Umie terkejut. Chicken pox Akid dah mulai pecah. Akid kata memang sakit. Tapi bila sapu Herbal Blend Akid kata tak pedih. Akid pun tak nak sapu ubat lain selain Herbal Blend. Umie turutkan sebab dia yang rasa.

Kebaikan Herbal Blend

Hari ke 5 dan 6 bintik merah tu dah mulai kering dan luruh keping-keping chinken pox tu. Umie sendiri terkejut. Alhamdulillah dengan berkat doa dan izin Allah serta ikhtiar Umie menggunakan produk Shaklee chinken pox Akid baik dalam masa seminggu je. Di bantu dengan disiplin Akid sendiri, ikut kata Umie untuk cepat pulih.


Jadi, kesimpulannya dari testimoni Shaklee kisah anak Umie yang kena chicken pox Umie hanya bagi makan Nutriferon, mandi dengan Basic H dan sapu dengan herbal blend. Kesan parut chicken pox pun serius tak ada.


Dengan perkongsian dari pengalaman Umie sendiri Umie berharap dapat membantu ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana. Real testimoni Shaklee dari Umie dan anak-anak.

Sekian sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya.😍

Nak cuba herbal blend boleh whatsapp Umie 

Zarirah Mohamad
#shakleebachok
#shakleeberis
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#setrahmahshaklee
#incomeshaklee

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

Set Kurus Shaklee Pilih Ramai

HAMIL SIHAT DENGAN SET MENGANDUNG SHAKLEE